- Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan,karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan
10 Mei 2011
madah kehidupan
Salam sejahtera semua, sory la semua dalam beberapa hari ni aku xdapat nak update blog ..sibuk sikit dengan kerja. hari ni aku just nak kongsi sikit la madah untuk renungan korang semua.
5 Mei 2011
Perantau Hill
Selamat petang semua. maaf la arini aku lambat sikit update. banyak kerja yang perlu diselesaiakan dahulu.
hari ni aku nak kongsi ttg satu tempat makan yang berwajah baru.nama diberi perantau hill, sebelum ini kedai dia kecil ja macam kedai makan biasa tepi jalan.mungkin rezeki tuan punya kedai ni bertambah, diorang pun buka la tempat baru di sekitar tempat lama juga. kat sini aku sediakan alamat kot-kot la korang nak p sana heheh...perantau ni dah dekat dengan gate 1 putrajaya,jalan air hitam, sungai merab luar. tempat makan ni dah sediakan surau ala-ala mcm tempat RnR. keadaan kedai dia pun menarik dengan mural suasana kampung & moden. so terpulang la sapa nak duk bersila atau atas kerusi




hari ni aku nak kongsi ttg satu tempat makan yang berwajah baru.nama diberi perantau hill, sebelum ini kedai dia kecil ja macam kedai makan biasa tepi jalan.mungkin rezeki tuan punya kedai ni bertambah, diorang pun buka la tempat baru di sekitar tempat lama juga. kat sini aku sediakan alamat kot-kot la korang nak p sana heheh...perantau ni dah dekat dengan gate 1 putrajaya,jalan air hitam, sungai merab luar. tempat makan ni dah sediakan surau ala-ala mcm tempat RnR. keadaan kedai dia pun menarik dengan mural suasana kampung & moden. so terpulang la sapa nak duk bersila atau atas kerusi
klu korang nak makan tengah hari aku syorkan korang cuba menu utama iaitu ayam kampung goreng..mmg sedap nyummmmm..Tapi disebabkan semalam aki p time malam. so xda la ayam kampung goreng.yang ada makanan panas,sate n otak-otak....menu aku semalam just tomyam ,telur dadar,kerabu ikan bilis,kangkung goreng semuanya untuk 3 orang makan, murah ja aku just bayar RM33 sahaja..kat sini aku letakkan gambar aku makan kat sana...selamattttt




3 Mei 2011
1 Mei 2011(part 2)
Selamat pagi semua..sorry la semalam aku x sempat nak habiskan cerita percutian ke Pulau Langkawi.Selepas kami semua melawat Makam Mahsuri ,kami sekeluarga terus menuju ke Dataran Helang di pekan Kuah ala bersebelahan dengan Jeti Kuah. Untuk pengetahuan semua, Dataran helang merupakan salah satu inspirasi yang di ilhamkan oleh Tun Dr.Mahathir bin Mohamad .Dataran helang ini di bina untuk memperkenalkan Pulau Langkawi. Sebuah arca berbentuk helang setinggi 12 meter merupakan arca utama di dataran itu.yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya.Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di Melayu purba. Habis ja ronda kami sekeluarga terus ke jeti beli tiket. Feri terakhir ke Kuala Perlis jam 7 malam.so. tamat la sudah percutian aku sekeluarga.selamat membaca dan mengamati gambar,bye..untuk hari ini
2 Mei 2011
1 mei 2011 (part 1)
salam semua, hari ini aku nak ceritakan apa yang telah berlaku pada 1 mei 2011 baru-baru ini,biarpun penat tapi memang best dapat mengeratkan hubungan kasih sayang kekeluargaan... disebabkan aku ni x ramai adik beradik,dengan cara ini sahaja la kami sekeluarga dapat berkumpul.
ini la keluarga aku
Hari Pertama (30.04.2011)
disebabkan 1 mei 2011 tu hari pekerja (hari cuti la huhuhuhu) aku dan keluarga telah sepakat nak bercuti di Pulau Langkawi. Kami mulakan perjalanan kami dengan 3 biji kereta pada jam 10 pagi dari Jitra pada 30.04.2011 untuk ke Kuala Perlis...Almaklum la aku ni kata ja asal Kedah tapi Kuala Perlis pun x penah sampai heheh. kami ambik masa dalam 45 minit nak sampai ke jeti Kuala Perlis. harga parking kereta kat sini boleh la tahan 1 hari RM10. lepas ja kitaorang park kereta, aku terus ja ke kaunter tiket.Suasana di jeti penuh sesak. Semua nk menuju ke Pulau Langkawi menghabis waktu cuti panjang. . harga dewasa RM18 kanak-kanak RM13
rehat sebentar sementara tunggu nak naik feri
Bila dah naik feri lega rasa hati dapat melepaskan diri dari kesesakan tempat menunggu di jeti itu..yang paling seronok anak-anak buah aku la..biasa la kanak-kanak.
45 minit juga la perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah,Pulau Langkawi,. sampai ja di sana kami terus ambik teksi untuk ke homestay yang kami sewa di Taman Maluri. Harga teksi dari jeti ke homestay RM40. Sampai ja kami semua di homestay.kami terus ja rehat,ada yang mandi,solat,tidur.dalam pukul 5.30 petang tuan punya van yang kami nak sewa pun sampai ke homestay kami.kami terus ja keluar jalan-jalan. kami ronda2 kat bazar kat Pekan Kuah. Meriah gak la bazar tu. Habis tu, kami singgah di Hj. Ismail Group beli coklat.. Mmg dah jd kemestian, bila ke Langkawi mesti beli coklat dan pinggan mangkuk. Orang kata kat sini coklat murah. Mmg pun jika nak dibandingkan sekiranya kita beli di mana2 pasaraya. Borong...borong.
dah penat borong bergambar pula
Penat2 berjalan, singgah makan di Pantai Cenang .Harga bleh tahan..ha..ha..ha..
dah kenyang makan kami semua teruskan ronda-ronda di kawasan pantai cenang sambil bergambar,
dah penat ronda dalam pukul 10 malam kami semua bertolak balik ke homestay.
kanak-kanak pun dah tidur dalam kereta
Hari Kedua (01.05.2011)
Keesokannya sewal 6 pagi semua sudah dikejutkan.sebab nak mulakan perjalan lebih awal sebabnya hari tersebut merupakan hari terakhir kami disana,selesai ja bersarapan, lebih kurang pukul 8.30 kami semua bertolak keluar dari homestay. tempat pertama yang kami tuju adalah tempat cabel car. di kawasan cable car ni mmg cantik,siap ada mini zoo lagi..
nasihat aku sesiapa yang nak naik cabel car klu boleh pergi la time pagi sbb permandangan mmg cantik dan 1 lagi nak beratur mmg panjang dekat tempat tiket .harga untuk dewasa cuma RM30 bagi kanak-kanak cuma RM20. Klu nak harga separuh boleh pergi time petang......
sapa yang tak nak cabel car mmg rugi.tapi nak terus terang la penat la sikit berjalan kaki turun naik tangga hehehe. lepas ja kami turun dari cabel car.kami terus cari pot untuk makan.tempat yang kami tuju adalah tujuh telaga...habis makan perjalanan diteruskan ke beras terbakar dekat kawasan padang matsirat.Kawasan beras yang terbakar itu berdekatan dengan rumah milik Ku Halim bin Ku Hassan. Pada hari ini tiada lagi kelihatan beras2 yang terbakar hanya kawasan kecil berpagar yang ditumbuhi rumput2 kecil ada seperti kesan terbakar. sesiapa yang nak shopping aku syorkan kat sini la tempatnya.sebab kat sini mmg murah,kain batik,kain pelikat,minyak angin.......
selesai ja semua shopping, kami terus ke ulu melaka disana ada makam mahsuri. Lagenda Mahsuri memang masyhur. Dimana seorang wanita bernama Mahsuri menjadi korban fitnah hasutan manusia yang dengki dan iri hati. Sumpahannya menjadi nyata dimana Pulau Langkawi menjadi hancur dan musnah selama 7 keturunan. Walaupun ianya hanya lagenda, namun kesan2 yang ditinggalkan cukup menjadi pengajaran pada mereka yang mahu mengambil iktibar dari peristiwa itu. harga dewasa RM5, budak sekolah RM2.50
keluar ja dari makam mahsuri jam dah menunjuk pukul 4.15 petang.kami terus pergi ke Kuah sebab nak bergambar . Last sekali kat Dataran Helang jer. Bergambar kat sana.selesai ja bergambar kami terus ja balik ke Kuala Perlis feri pukul 7 malam
Langgan:
Catatan (Atom)