Halaman

29 Mei 2013

Seronok sangat

Hai..menti ampa semua duk pikir apa la yang aku seronok sangat ni kan,,
seronok la rumah aku dah riuh rendah dengan suara anak bujang aku.

pada 23.05.2013 lepas ja habis kerja aku terus pergi rumah abang aku ambik 2 orang anak dia bawa balik kampung , almaklumlah cuti sekolah.so lama la budak-budak tu kat kampung,

dalam pukul 6 petang aku terus gerak masuk PLUS, dengan jalan yang agak jem aklu terus berhenti kat Tapah untuk rehat dan makan kejap. aku kalau singgah kat RnR Tapah tak sah kalau tak order bihun sup Pak Tam, memang sedap la (bagi aku),aku dan si suami makan bihun sup.anak-anak buah plak makan 1 set nasi ayam. bukan main depa makan katanya sedap.

dalam pukul 10 mlm kami teruskan perjalanan ke Alor Setar. di sebabkan asyik berhenti masuk tandas ja dalam pukul 1 pagi baru kami sampai kampung, apa lagi aku terus menuju tempat tidur anak, mula-mula tak mahu juga dia kat aku konon merajuk la tu,
pagi esoknya baru dia cari aku huhuhuhuh.tapi di sebabkan anak bujang aku ni anak ayah so ayah dia juga yang dia gomoi dulu konon lepas rindu la tu.

bila tengak ja abang sepupu dia ada apa la mula 'abang longggg' terus ja ajak abang long main kat luar rumah.boleh dikatakan 3 minggu di kampung anak bujang aku keja main kat luar rumah ja.dia masuk rumah bila nak tidur ja..

bila aku ajak balik KL mula la  'nakmauuuuu' yang aku pun 'mauuuulaaaa' mula la kami berbalas..mungkin anak bujang aku seronok duk kampung ditambah plak sepupu-sepupu dia ada time cuti sekolah ni.mula main,makan,mandi semua nak sama-sama

26.05.2013 mau tak mau aku dan si suami terpaksa juga la bawa balik anak bujang ke kl, sebab esoknya kami dah berkerja, yang ayah dan mak aku dah bagi seloka-seloka sikit tak bagi kami bawa balik cucu dia,macam-macam ayat la dikeluarkan..tapi nak buat macam mana,aku dan si suami pun merindui anak kami.

dalam pukul 2 petang kami terus gerak,,,alih-alih 2.15 pagi juga baru sampai gara-gara kenderaan atas jalan raya bergerak macam semut..apa pun janji semua selamat sampai..




22 Mei 2013

Balik Kampung

Assalammualaikum  dan selamat pagi.
tak sabar aku nak menunggu jam pukul 5 petang...bukan sebab aku penat buat keja tapi tk sabr aku nak terus balik kampung jumpa keluarga dan yang paling istimewa anak aku . Dah tak tertahan hati ini duk asyik tengok gambar dan video ja sepanjang 3 minggu ni.

Dah alang-lang cuti sekolah nak start esok. abang aku yang duk puchong pun ambik kesempatan nak pos anak dia balik kampung . so lepas kerja aku cik viva ku terpaksa la melalui puchong dahulu. Tak apa yang penting aku dapat sampai kampung jumpa anak bujang aku..

Dalam tempoh 3 minggu ni tidur aku pun dah x macam tidur ,duk asyik bangun tengok bantal dan tempat tidur anak.

Muhammad Amirul Kauthar, sayang tunggu ibu dn yah balik ye.dah tak sabar nak peluk cium anak ibu ni...
kita jumpa malam ni SAYANG...
IBU SAYANG SANGAT DEKAT MUHAMMAD AMIRUL KAUTHAR

21 Mei 2013

Makan-Makan

Bangun ja dari tempat tidur perut aku dah berbunyi ,apa lagi tu tandanya perut aku minta di isi..
Apa lagi seawal 6.45pagi aku dah ajak si suami gerak ke tempat kerja (bukan sebab tak sabat nak buat kerja, tapi tak sabar nak sarapat di pejabat ) .Hari ini aku dan si suami berkonvoi naik motor ke pejabat

Seawal pukul 7.20pagi aku sampai di tempat kerja. aku terus letak beg dan munuju keluar untuk ke pintu cafe..hari ini aku teringin sangat nak makan masala vadai dengan air kopi o ais huhu...dalam perjalanan nak balik ke pejabat tah macam mana la plak mata ni boleh nampak orang tengah tebar roti canai, mula la perut ni minta roti canai pulak..nak di jadikan cerita sarapan pagi aku hari ni, masala vadai, rori canai dan
kopi o ais....

Tak tahu la perut ni boleh bertahan sampai pukul berapa..semenjak ku mengandung anak si adik ni ,aku memang kuat makan, boleh dikata setiap setengah jam perut ni minta di isi, yang nampak lain macam time mengandung si adik ni,aku kuat makan buah berbeza masa mengandung kauthar, aku kuat makan sayur.  boleh dikatakan dalam peti sejuk rumah aku tu penuh dengan buah, sampai satu tahap ada la satu malam buah tak ada dalam peti sejuk .berkejar si suami mencari buah ahahahhah..( tu la orang selalu kata setiap kali kita mengandung tak akan sama dengan kandungan sebelum ini),


20 Mei 2013

Menghitung Hari

Hai  semua.
pejam celek pejam celek ( nasib tak pejam terus) lagi tiga hari aku nak balik kampung jumpa keluarga. yang paling istimewa yang aku nak jumpa adalah MUHAMMAD AMIRUL KAUTHAR (anak bujang ku la).
bru-baru ni aku terpaksa hantar kauthar balik kampung sebab tak ada orang nak jag dia time aku dengan
si suami berkursus.

Dah alang-lang cuti sekolah ni apa lagi banyak la panggilan kenduri yang perlu dihadiri (macam VVIP plak huh) ,kepala ni mula la memikirkan baju apa yang bersesuian yang untuk kenduri ni, ye la tak semua baju dah yang aku muat,kena juga pikir keselesaan orang yang di dalam kandungan ni.

Balik kali ni mesti riuh rendah rumah di kampung ,dah nama pun cuti sekolah mula kerabat tentera kecik penuh di rumah untuk berperang..rindu pulak dekat diorang ni,

Anak-anak sekalian tunggu maksu balik tau.nanti kita p jalan-jalan....

kembali setelah sekian lama

wah lama sungguh aku tak buka blog ni jenuh nak buang sarang labah-labah tadi sebab lama di biar ja heheh..
aku bukan apa cuma x sempat nak update blog..biasa la bila ingat sahaja tapi yak bertindak maka jadi la pelupa kejap nak update...
alang-alang aku dah ingat ni .maka aku nak buka la buku baru untuk tahun ini...cewah macam buka buku merah plak ( tapi memang betul pun)...dari pada aku duk cerita panjang lebar takda penghujung baik aku mulakan blog ni...

sejak dua menjak ni hati aku sunyi ja .mana taknya kauthar kat kampung bersama tokwan dan tok dia..tinggal la aku dengan si suami di rumah..biasa balik kerja penat tara mana pun aku mesti main dengan kauthar, suapkan makan,mandikan..bila takda memang la boleh rehat tapi rasa kosong ja.

bila aku call ja kampung nak sembang dengan kauthar, ada ja aktiviti dia yang membuatkan aku tak boleh sembang ,tapi sukup la sekadar dapat dengar suara dia gelak tawa bermain.

tak lama lagi aku dan si suami kan dapat zuriat yang kedua (kira adik kauthar la)...sekarang ni aku kena mengajar kauthar bahawa dia akan jadi abang.mula-mula aku bagi tahu kauthar yang dalam perut aku ni ada adik, boleh setiap kali aku tanya dia mana adik ? so dia dah boleh tunjuk mana adik siap dengan pakej cium perut lagi...tapi kadang-kadang ada juga ayah dia menyakat mana adik ? terus dia tunjuk perut ayah dia ( almaklum la muncit ehhehe)..heheh.

pejam celik pejam celik dah hampir 2 tahun umur kauthar tahun ni, ini bermakna hampir 3 tahun juga la usia perkahwinan aku dengan si suami...dalam hidup berumah tangga ni tak lekang kalau tak ada perselisihan paham. tapi itu la yang mengajar aku dan si suami apa iti bertolak ansur dalam rumah tangga dan itu juga mengajar aku untuk kenal lebih siapa diri ini dan si suami. aku bersyukur di kurniakan seorang suami yang memahami aku walaupun kadang kala aku juga la punya buat dia membebal (bukan aku ke sepatutnya membabel? ). aku berdoa agar keluarga yang aku bina bersama si suami akan sampai dihujung nyawa. AMIN

Bila anak ibu bermain


Assalammualaikum...lama juga la aku tak update blog tersayang aku ni...
walaupun syawal makin hari meninggalkan kita aku tetap belum update tentang perihal raya kami..
apapun sekarang aku nak kongsi pada semua tentang telatah anak aku,kauthar bermain dengan ayah nya





*** ibu sayang sangat pada ayah dan kauthar

Syawal 2012

Assalammualaikum...
rasanya belum terlambat nak ucap selamat hari raya aidilfitri pada semua walaupun sudah di penghujung syawal
syawal tahun ini merupakan syawal pertama bagi aku bergelar seorang ibu pada anak kesayangan
'Muhammad Amirul Kauthar'

kalau orang kata raya merupakan hari yang paling seronok untuk kanak-kanak
tidak bagi aku
sebabnya aku yang paling beria-ria nak sambut raya
seronok nak pilih baju raya untuk anak ..ehheh

walaupun Kauthar tidak mengerti apa itu raya dengan usianya yang 10 bulan
tapi kalau bagi sampul raya..bukan main suka kauthar menjerik..pada hal aku sebagai ibu tidak penah mengajar

seawal 7 pagi aku dah kejut Kauthar  untuk mandi sunat syawal...
bukan main seronok kauthar bermain air..
selepas siap sarapan aku sekeluarga mulakan sesi bersalam memohon kemaafan antara sesama..
seronok rasanya dapat cium tangan suami,mak dan ayah di pagi syawal.
walhal setiap kali jumpa aku cium..
time ni anak-anak buah senyum sampai ke telinga...
almaklum la dapat sampul raya dari mak cik,pak cik, tok wan dan tok depa

Selesai ja sesi bersalam..kami sekeluarga bergambar pula
macam-macam posing yang dibuat bila di depan kamera..tak lupa juga aku dan kauthar ehehh
dalam masa bergambar keudara la takbir raya dari surau kampung aku yang jauhnya hanya berapa buah rumah ja dari rumah aku

Dalam pukul 8.30 pagi rumah aku dah sunyi sebab dah ke surau...yang tinggal hanya kaum hawa yang ada anak sahaja
dalam pukul 9.30 pagi aku dan kaum hawa yang tidak pergi ke surau ni menuju la ke sana..
sebabnya...
kami akan mulakan sesi rombongan beraya dalam kampung...
itu yang bestnya raya di kampung. nak beraya pun siap ada rombongan heheh
kalau nak elok 1 kampung kami ronda..
tapi aku hanya mampu bertahan sampai pukul 12 t/hari ja..sebab Kauthar dah meragam nak minum susu..
balik la aku seorang diri..

sebelah petang aku beraya ke rumah sahabat baik aku
nak dijadikan cerita raya pertama aku selesai juga pada jam 11 malam
balik terus tidur huhuhu