Halaman

20 Mei 2013

Syawal 2012

Assalammualaikum...
rasanya belum terlambat nak ucap selamat hari raya aidilfitri pada semua walaupun sudah di penghujung syawal
syawal tahun ini merupakan syawal pertama bagi aku bergelar seorang ibu pada anak kesayangan
'Muhammad Amirul Kauthar'

kalau orang kata raya merupakan hari yang paling seronok untuk kanak-kanak
tidak bagi aku
sebabnya aku yang paling beria-ria nak sambut raya
seronok nak pilih baju raya untuk anak ..ehheh

walaupun Kauthar tidak mengerti apa itu raya dengan usianya yang 10 bulan
tapi kalau bagi sampul raya..bukan main suka kauthar menjerik..pada hal aku sebagai ibu tidak penah mengajar

seawal 7 pagi aku dah kejut Kauthar  untuk mandi sunat syawal...
bukan main seronok kauthar bermain air..
selepas siap sarapan aku sekeluarga mulakan sesi bersalam memohon kemaafan antara sesama..
seronok rasanya dapat cium tangan suami,mak dan ayah di pagi syawal.
walhal setiap kali jumpa aku cium..
time ni anak-anak buah senyum sampai ke telinga...
almaklum la dapat sampul raya dari mak cik,pak cik, tok wan dan tok depa

Selesai ja sesi bersalam..kami sekeluarga bergambar pula
macam-macam posing yang dibuat bila di depan kamera..tak lupa juga aku dan kauthar ehehh
dalam masa bergambar keudara la takbir raya dari surau kampung aku yang jauhnya hanya berapa buah rumah ja dari rumah aku

Dalam pukul 8.30 pagi rumah aku dah sunyi sebab dah ke surau...yang tinggal hanya kaum hawa yang ada anak sahaja
dalam pukul 9.30 pagi aku dan kaum hawa yang tidak pergi ke surau ni menuju la ke sana..
sebabnya...
kami akan mulakan sesi rombongan beraya dalam kampung...
itu yang bestnya raya di kampung. nak beraya pun siap ada rombongan heheh
kalau nak elok 1 kampung kami ronda..
tapi aku hanya mampu bertahan sampai pukul 12 t/hari ja..sebab Kauthar dah meragam nak minum susu..
balik la aku seorang diri..

sebelah petang aku beraya ke rumah sahabat baik aku
nak dijadikan cerita raya pertama aku selesai juga pada jam 11 malam
balik terus tidur huhuhu




Tiada ulasan:

Catat Ulasan