Halaman

16 Julai 2012

demam

demam...pergi jauh-jauh.....
baru-baru ni kauthar terkena demam panas...kesian kat dia tak boleh nak tidur
asyik menangis ja..dalam pukul 6 pagi sabtu aku dan si suami terpaksa bawa kauthar ke wad kecemasan sebab panas dia dah mencecah 39.2cel
lepas ja balik rumah.kauthar asyik merengek ja..time malam menagis sampai pagi..kesian dah aku tengok..susu dan bubur memang x bersentuh lah..dah kurus kering anak ibu...
hari ini aku terpaksa antar rumah mama di sebab aku kursus..klu tak memang aku ambik cuti punya nak...
tak sabar nak jumpa kauthar....

12 Julai 2012

Berdiri....

Setiap ibu bapa mesti gembira bila kita sendiri dapat lihat perubahan terhadap anak-anak....begitu juaga la dengan aku dan si suami.....

semalam kauthar telah menunjukkan yang dia dah pandai berdiri tegak sendiri tanpa bantuan..tapi x lama la...mungkin sebab baru nak belajar..aku dan si suami sentiasa memberi semangat untuk kauthar berusaha lagi.....
 dah penat sangat berdiri..aku pun masukkan kauthar sekejab dalam walker dia sebab aku nak lipat baju ....
kauthar pun nak menyibuk..tapi pun menyibuk nak lipat baju..sebalik menyibuk nak pakai songkok ayah dia..

macam-macam gaya dibuatnya untuk menarik perhatian kami...bila aku ambik songkok si suami dan tukarkan dengan bola.kauthar bukan main marah..dia nak dua-dua sekali...punya la semangat bermain dengan songkok ayah dia..siap masukkan bola dalam songkok....kelakar tengak tingkah laku kauthar......

*anak merupakan penawar setelah penat bekerja*



11 Julai 2012

Kauthar swimming

aku dan si suami orang yang bekerja..so time cuti la aku dan si suami akan habiskan masa dengan kauthar..macam program yang kami akan rancang time cuti walaupun hanya sabtu dan ahad.....

baru-baru ni aku dan si suami telah membawa kauthar ke kolam renang yang dekat dengan rumah aku...apa yang bestnya kauthar ni bila nampak ja air bukan main suka dia siap menjerik, yang kelakar tegur kanak yang tengah main dalam kolam air,,

aku pun ambik la masa dalam 15 minit untuk tukarkan kauthar kepada baju renang (mmg syarat pun  kolam renang kat putrajaya)..yang si suami duk la meniup pelampung untuk kauthar...

lepas ja siap aku pun bawa la kauthar ke kolam renang.aku terus letak dia dalam kolam renang..menjerik takut kauthar..mungkin hairan air banyak sangat sampai ke dada....aku naikkan dia dan biar dia duduk dahulu sambil kaki main air....

dah tengok kauthar macam dah ok..baru la aku masukkan kauthar dalam pelampung dan biarkan dia bermain....bukan main kauthar kocakkan kaki dia bila nak bergerak dalam iair siap kejar kanak-kanak lain yang sedang main bola dalam kolam....
lama juga la kami diakan dia main dalam kolam....yang si suami pun ambil kesempatan berenang di kolam dewasa...tinggal la aku dan kauthar di kolam kanak-kanak...

dah penat bermain air..kauthar dah bising dahaga mungkin..aku pun suapkan botol susu dia..sekali mau 6oz dia habiskan...
penat sungguh anak ibu..

dalam pukul 7mlm kami bertiga pun bersiap nak balik.....

Walker....

kauthar arang ni suka sangat memanjat..kadang-kadang tu aku sendiri takut dia jatuh... bagi mengelak kauthar memanjat aku terpaksa la aku menarik perhatian dai dengan bunyi-bunyian..terutamanya datang dari permainan kauthar sendiri..

tapi tu la adat kanak-kanak yang seusianya...walauapa pun cara kita buat..dia tetap dengan caranya....begitu juga la dengan kauthar.....apa pun cara aku tarik perhatian dia,kauthar tetap dengan aktiviti memanjat dan gigit apa ja yang ada di sekelilingnya..

Merajuk Dan Memujuk

sekarang ni kauthar dah pandai merajuk....bila aku sibuk kat dapur kauthar mesti datang menyibuk..mungkin kauthar nak tolong aku,tak pun nak temankan aku....apa lagi aku pun

aku: ayah boleh tolong ibu ambikkan kauthar kejap tak,,,ibu nak tengak goreng ayam ni,kang terkena minyak yang merecik
        plak.
ayah: ok....kauthar mai kat ayah kita main dua.(sambil buat gaya memanggil)
kauthar :buuuhhhhhhhh (tengah sembur air liur)
ibu:kauthar duk dengan ayah jap na...ibu nak masak kejap ja...

lepas ja aku cakap macam tu terus kauthar lagi dengan walker dia duduk kat penjuju pintu sambil tengok pintu....(kecian pun ada)

last sekali..

ibu: alooo anak ibu yang comel ni,,yang ibu sayang ni..merajuk ya?....mai la kat ibu...

(kauthar pun terus lari dekat aku sambil buka mulut dekat dengan pipi aku..tu tandanya dia nak cium aku..pastu baru dia senyum suka sambil cakap yang aku sendiri tak paham)

ayah:.oooo ..kalau dengan ayah kauthar tak mau pun cium.....ayah merajuk la (si suami buat-buat merajuk)

(kauthar pun pergi la kat ayah dia nak pujuk...apa yang pasti cara pujuk kauthar kat ayah dia..(main-main hidung ayah....akhirnya ayah pun gelak besar sebab geli)

sudah 8 bulan

sebelum ini aku bercerita mengenai anak aku yang baru di lahirkan.....tapi itu cerita lama...
kini aku pun dah berusia 8 bulan,kami sekeluarga panggil dengan nama kauthar...dalam tempoh lapan bulan macam ragam,suka duka yang di tunjukkan oleh kauthar kepada aku selaku ibu dan ayah nya...makin ligat..yang penting kauthar suka cium ibu dia..heheeh,sekarang kauthar dah ada 3 batang gigi,suka sangat la dia mengigit...bab menyakat orang dia la hero nya...konon nak gembaq orang la...bab memanjat tak payah kita suruh..habis dia panjat..(tapi panjat ibu dan ayah ja..yang lain tak berani)..apa yang penting kauthar ni suka senyum,pantang nampak orang.kalau budak-budak lagi la kauthar suka siap tegur depa lagi....anak ibu ni memang peramah....

tapi kecian kauthar umur 2 bulan kena antar dekat pengasuh..sebab aku just minta cuti 2 bulan ja...mujur la pengasuh jaga kauthar dengan baik...jatuh,menagis tu adat la budak-budak la....dekat rumah pengasuh dia la hero,mentang-mentang la mama (pengasuh) time masak,masuk kan dia dalam walker, habis dia langgar orang,tarik rambut...

kadang-kadang time tengah kerja aku rasa rindu sangat kat kauthar dengan telatah dia yang melucukan tu...
kat sini aku lampirkan gambar kauthar sepanjang 8 bulan usianya...








28.10.2011..........

sejuknya suasana di wad..berat pulak kelopak mata aku nak buka..tapi apa nak buat nurse dah kejutkan aku..sebabnya aku ada temujanji dengan doktor..hati pulak rasa macam tak sedap hati.,badan pulak seram sejuk...
pagi tu aku terpaksa serah diri untuk dimasukkan ubat..waaaaaaa. Hanya aku ja yang tahu macam mana rasa
lepas dimasukkan ubat aku terus kol si suami sebab rindu ..si suami pun sempat berpesan:banyak-banyak bersabar dan time melawat abang datang dengan mak ye.
masa tu x sabar rasanya nak tunggu time melawat...dari pukul 9 pagi hinga 1 tengah hari aku hanya mampu berjalan n pusing 1 wad (orang tua-tua kata banyakkan berjalan, nanti mudah bersalin)..tepat pukul 1 tengah hari aku dah terpacak di pintu masuk wad menunggu kedatangan si suami dan mak aku..
nampak ja muka depa aku terus senyum ,hilang sekejap rasa sakit nak bersalin...mak aku pun sempat berpesan: sakit sangat ka? banyakkan baca doa Nabi Yunus, mengucap, selawat,jangan lupa minum air selusuh.Mak nak balik sekejap nanti mak mai lain..
masa tu aku bersalam dan memohon kemaafan kepada mak dan memohon agar aku di permudahkan dalam proses bersalin,
si suami sempat mencium dahi aku sebelum balik untuk antar mak aku..katanya nanti petang abang datang lagi...

Lepas ja si suami dan mak aku balik.aku pun cuba tidur..tapi x berjaya..sebab aku duk tengak geng yang satu wad aku semua dah ada anak di sisi...bila la time aku ni.

Yang telefon aku tak habis-habis berdering..ada yang kol tanya khabar,keadaan aku...tak kurang juga yang SMS.

waktu melawat petang dah tiba..hureaaaaaaa...

si suami datang dengan membawa roti dan air milo ehhehe sedapnya..tiba-tiba mak mertua aku pulak kol bagi tau yang mak dah dalam LRT nak ke putrajaya...nak melawat...

sampai ja mak ke Putrajaya, si suami pergi la ambik di Putrajaya Sentral

dalam pukul 5 ptg mak dah ada depan mata dengan si suami..time ni la nurse nak puan pemeriksaan jantung dan pergerakan anak...

dalam pukul 6 petang aku sekali lagi terpaksa menyerah diri untuk VE ..doktor pun bagi tahu yang bukaan dah terbuka 4cm..terus doktor buat keputusan untuk pecahkan air ketuban aku....

selesai ja proses kemasukan ke labor room aku terus di sorong ke sana ...

dalam pukul 9 malam,doktor datang untuk memeriksa aku..tapi doktor cakap ,anak dalam kandungan masih belum ada tanda nak kua lagi..dalam kesakitan yang ku tempuh si suami sempat lagi bergurau senda.hingga la doktor ambik keputusan untuk masukkan ubat dalam air....time tu aku dah mula sakit yang teramat...dalam tempoh aku sakit tu si suami pulak xada di sisi sebab ada hal....tepat jam 12.30 pagi aku mula rasa nak meneran...time tu doktor baru nak pasang peralatan.apa lagi sakit berlawan takut semua ada...nurse pun sempat bagi aku minum air zamzam yang di bekalkan ....

tepat jam 12.45 pagi anak yang ku kandungkan selama ini telah selamat di lahirkan di dunia...masa tu nurse pun bagi tahu yang anak lahirkan anak lelaki...nurse pun bawa anak aku tempat cucian..lepas ja selesai semua.anak aku di timbang..wah besah juga anak aku..3.1 kg....

dalam pukul 1 pagi si suami datang.nurse pun arahkan si suami azankan anak..sebab nak susukan anak.

masa tu aku rasa seronok sangat. sebab dapat menatap wajah anak yang ku kandungkan...dengan kulit yang putih melepak..bibir yang merah..geramnya time tu.....

Pukul 3 pagi aku di masukkan dalam wad semula......

inilah anak ku......