hai..lama aku x update blog ni. Hari ni baru aku ada masa yang amat-amat terluang.so boleh la aku nak conteng-conteng sikit kat blog ni.hari ni aku xda pa nak kongsi sangat just mengenai pantang larang orang dulu-dulu ja.
berbual dengan aku . Sambil borak2 tu dia crita kat aku pasal pantang larang orang melayu.
. Yelah ak mane tau sangat pasal pantang2 larang ni. Yang aku pernah dengar dulu pon “
. Hah, pernah dengar? Hehe.
Dan aku tertanya pasaipa ada pantang larang ni? Buat leceh ja. Then kawan tu bgtau sebnarnya tujuan pantang larang ni adalah utk mendidik masyarakat terutamanya kanak-kanak supaya dapat bawak nilai2 yang baik dalam kehidupan. Ooohhh….mcm tuu rupanya. hehe..jd mari kita tengok antara pantang larang yg ada dan relevannya.
"Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul"
Tujuannya nak jaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tak sopanlaa kalau bantal yang letak kat kepala pastu kita main duduk2. Nak duduk cari la krusi weh! Eh marah pulak.
"Kalau makan nasi kena habiskan kalau tak nasi tu menangis"
yang ni aku percaya. Time kecik2 dulu mak ak slalu gunakan suruh aku habiskan nasi time makan. Hehe..sebenarnya tujuannya nak elakkan pembaziran.haaa..tak elok membazir tahu tak.
"Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua"
Hah,Sapa nak kawen dengan orang tua angkat tangan! nak tak? Heheh. Sebenarnya tujuan dia taknak la bagi makanan tu hangus sebab leka menyanyi.lagi satu karang datang pulak perisa tambahan dalam lauk tu dr ayaq liuq mencurah2 time nyanyi. Eh, agak2 siti dulu suka nyanyi tak time memasak?hahaa
"Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap"
Ini tujuannya nak jaga keselamatan ibu yg hamil. Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh dan boleh membahayakan kandungan. Dah tau mengandung janganlah dok hepi-hepi main dekat kawasan berbahaya. Kalau jatuh kan dah boleh meyebabkan keguguran.
"Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata akan buta"
Hah! dah tau gelap2 tu pegi menjahit pasaipa? Haa..karang tercucuk jarum tu dalam jari terpaksa pegi hospital pulak kan. Sebnarnya tujuannya untuk jaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak dan mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan kalau tangan tkpa lagi. Kalau tercucuk mata dah jadi Kasim Slamat pulak dah.
Begitulah Alkisahnya hikayat pantang larang orang kita. Sebenarnya ada tujuan baiknya. Tapi aku pelik kenapa mat saleh tkda pulak pantang larang bagai ni? Sama juga dengan budaya melatah, orang melayu je ada kan?haa..cuba bayangkan Mat salleh mlatah dalam bahasa Perancis.hahah!