Halaman

7 Jun 2011

NOVEL BARU-SYURGA DI HATI

Semalam, lebih kurang pukul 8.30 mlm aku dan suami keluar ke alamanda,coz kami boring sangat.ingat nak cari makam malam.tapi x tahu nak makan apa.so kami pun pergi la beli barang mentah untuk masak makan malam ..alang2 masa nak balik tu aku dan suami pun lalu la depan MPH.mula la terlintas nak beli novel baru.coz novel minggu sebelumnya aku dah habis,kiranya nak cari novel baru la heheh...cari punya cari dapat la sebuah buku penulisan Fatin Nabila-Syurga Di Hati, jom aku kongsi sikit dia punya sinopsis untuk tatapan kalian semua..kot-kot la ada yang berminat nak beli hhehh
DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis. Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara. Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri. Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati. Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. ...
Apa ag nak baca lebih kalian beli la novel ni ...byeee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan