Bagan Lalang.....apa yang best tempat ni aku x pasti...tapai pa yang best buat aku semasa berada disana...mai sini aku kongsi dengan korang.23 julai baru ni kawan-kawan suami aku adalah buat family day sesama mereka.walaupun ramai yang x dapat turun atas sebab yang xdapat di elakkan, program ni tetap berjalan dengan meriah.Aku dan suami tiba awal dalam pukul 11 pagi di tempat yang di janjikan...bukan apa kami nak cop tempat. sebab nak naikkan khemah (ala-ala camping la).program bermula pada pukul 2 petang.bermula dengan check in chalet pada sesiapa yang nak duk chalet.(termasuk la aku)...lepas ja asar acara di mulakan dengan mempekenalkan diri dan permainan meneka tajuk filem.....macam-macam aksi diorang buat nak bagi kumpulan masing-masing menang....
2 alam
gaya adnan sempit
transformer
lepas ja hanis acara meneka tajuk filem..diorang teruskan dengan acara meyambut belon
selesai acara sambut belon,acara diteruskan dengan acara mencari kasut sendiri,acara baling selipar dan memperagakan model eheheheheh..nak tgk sapa yang jadi model dan apa yang diorang buat..tengOKKKKK
insafkan la mereka yang terlibat ini.
selesai ja acara di atas. diorang teruskan dengan sunset ride dalam 15 minit gitu,,,,yang x boleh nak join naik motor tu paham-paham ja la...sesi berGambarrrrrrrr....lepas ja maghrib kami teruskan dengan acara makan malam di tempat penginapan.makanan mmg best rasa mcm duk kat kg pun ada kos makan siap ada ikan kering..mmg sedaaaappppp.sambil-sambil makan malam.kaum lelaki mengambil peluang tengok perlawanan bola antara malaysia dengan singapura.dah penat menjerit gOOOLLL.kami semua lepak di tepi pantai untuk acara BBQ dan perah tenaga makan durian (durian kampung 1 bakul..yam.yam..)
come durian come
macam nak g menoreh getah ja abang kita yang sorang ni
sementara nak tunggu BBQ selesai masak.kita hadap dulu durian kampung yang depan mata ni
tgk abg kita yang sorang ni .punya la otai buka durian atas paha....korang ada berani????
sesi penyampaian hadiah pada pemain yang terlibat pada petang hari (tgk muka ceria mereka)


lepas ja acara penyampaian hadiah...acara bebas.ada yang makan BBQ,ada yang bergambar,dan ada yang dah terlentok di dalam khemah (termasuk la diriku sendiri...kenyang makan durian).

malam tu tamat la acara dengan aktiviti bersihkan pantai heheheheh....(dah pandai bagi kotor kena la bersihkan)....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan