Salam 1 Malaysia (ayat formal la plak hari ni) .Hari ini aku ingin berkongsi berita mengenai duit syiling terbaru negara kita yang bakal dilancarkan pada tahun depan. Bank Negara akan mengeluarkan set duit syiling bagi menandakan batch atau siri ke-3 bagi duit syiling ini
Duit baru ni telah diilancarkan pada 25 Julai 2011 oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, syiling yang bersejarah ini dikeluarkan untuk nilai-nilai sekarang iaitu 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Syiling ini telah diinspirasikan oleh kekayaan budaya dan warisan negara kita. Motif rekaan syiling ini berasaskan alam, flora dan fauna serta kraftangan yang terdapat di Malaysia.
Siri syiling terbaru ini adalah lebih kecil saiznya dan lebih ringan membuatkannya lebih mesra pengguna. Warna kuning dan perak serta reka bentuk pinggirnya bagi membolehkan pengguna OKU (cacat penglihatan) untuk mengenalpasti nilai serta perbezaan antara syiling tersebut
Syiling tersebut juga telah direka untuk mengelakkannya dari ditiru, serta kekuatannya telah ditingkatkan dari segi hakisan dan karat. 500,000 set syiling peringatan ini akan dijual kepada pengguna dengan bungkusan yang istimewa dengan harga RM 10.00 (satu set).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan