Halaman

14 Mac 2012

menghitung hari

Tanggal 27.10.11 aku ada temujanji dengan Doktor Pakar Diabetes..untuk makluman semua time aku memboyot ni dalam la plak penyakit kencing manis (bukan keturunan).nak tak nak tarikh yang di tetapkan dah diberi.
Oleh sebab temujanji aku pukul 10 pagi. so aku pun masuk la pejabat dulu konan nak berkerja la hehehe.sampai ja aku kat pejabat ada la plak kawan sepejabat bawa buah pelam muda (mangga) yuam.yuam... tapi nak makan dengan apa ni ,kuah rojak xda....kawan aku pun cakap makan tgh hari lepas beli kuah rojak..yang mata aku duk la memandang buah pelam tu...
Dalam pukul 9.45 pagi aku kol sang suami untul bawa dan teman kan aku ke klinik sempat lagi kawan aku order beli kuah rojak.
dalam pukul 10.15 pagi nama aku di panggil.sang suami menemani aku sehingga kedalam.sewaktu aku dalam bilik doktor ada la soal jawab antara aku dengan doktor....habis sahaja soal jawab doktor plak aku aku pergi scan perut..bukan apa nak tengok keadaan baby di dalam ni almaklum la dah 38 minggu lebih.....
Tetiba doktor mintak aku dengan sang suami pergi Hospital terus sebab tgk baby kurang aktif.Aku dan sang suami pun terus ke hospital ,tapi yang bestnya otak aku ni sempat la dok pikir buah pelam dengan rojak eheheheh
sampai ja aku di hospital, doktor  terus buat prosedur biasa...check BP, urine, jantung baby n  VE (vaginal examination)...doktor pun cakp baru 2cm...terus aku kena tahan .
nurse minta sang suami tolong daftarkan ward.malangnya sang suami dah balik kepejabat (aku juga yang suruh..kesian sang suami duk menunggu lam dengan tak makan tgah hari ).aku pun offer la diri untuk daftarkan..nurse dah muka takut nak benarkan ...aku pun apa la cakap la yang aku boleh lagi jalan..masih kuat..akhirnya nurse akur dengan aku.
dalam perjalanan nak gi daftar ward semapt lagi aku singgah makan ehehh orang dalam perut lapar kot ehehhe
selesai ja makan terus aku menuju ke kaunter daftar n terus masuk ward.....
nak di jadikan cerita malam ni terpaksa la aku bermalam di hospital...puas juga la aku pujuk nurse nak mintak balik sebab bosan..dah macam aku kena soal...dalam pukul 10 malam doktor pakar turun untuk buat pemeriksaan.sampai ja giliran aku.doktor cakap baby ok kalu aku x bersalin pada keesokan (28.10.12) selepas dimasukan ubat aku kena operat (berubah riak muka aku)...
dalam pukul 11 malam nurse dalam untuk maklumkan aku pukul 7 esok pagi aku kena p jumpa doktor untuk masukkan ubat.
nasib baik dapat nurse yang baik-baik sempat lagi aku berborak sakan sementara nak tunggu mata ni terlelap....

nak lagi cerita seterusnya ...tunggu......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan