Salam 1 Malaysia (ayat formal la plak hari ni) .Hari ini aku ingin berkongsi berita mengenai duit syiling terbaru negara kita yang bakal dilancarkan pada tahun depan. Bank Negara akan mengeluarkan set duit syiling bagi menandakan batch atau siri ke-3 bagi duit syiling ini
Duit baru ni telah diilancarkan pada 25 Julai 2011 oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, syiling yang bersejarah ini dikeluarkan untuk nilai-nilai sekarang iaitu 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Syiling ini telah diinspirasikan oleh kekayaan budaya dan warisan negara kita. Motif rekaan syiling ini berasaskan alam, flora dan fauna serta kraftangan yang terdapat di Malaysia.
Siri syiling terbaru ini adalah lebih kecil saiznya dan lebih ringan membuatkannya lebih mesra pengguna. Warna kuning dan perak serta reka bentuk pinggirnya bagi membolehkan pengguna OKU (cacat penglihatan) untuk mengenalpasti nilai serta perbezaan antara syiling tersebut
Syiling tersebut juga telah direka untuk mengelakkannya dari ditiru, serta kekuatannya telah ditingkatkan dari segi hakisan dan karat. 500,000 set syiling peringatan ini akan dijual kepada pengguna dengan bungkusan yang istimewa dengan harga RM 10.00 (satu set).
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan,karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan
7 Ogos 2011
4 Ogos 2011
BaZaR rAMaDhAn Di PutrAjayA
Salam semua,
selamat berpuasa, hari ni dah masuk hari yang ke lima...klu masa kecik-kecik dulu
aku mesti menghitung puasa sebab nak raya hehehehh.....
dah dewasa ni perasaan nak hitung raya dah xda (yang ada hitung nak balik kampung )...
Hari ni aku just nak berkongsi mengenai kemeriahan bazar ramadhan...
kali ni aku nak kongsi ttg bazar di putrajaya
yang terletak di presint 2, depan bangunan kerajaan (depan pinjaman perumahan)
kuantiti makanan xpayah nak cerita la
macam-macam makanan dan minuman yang di jual
rambang mata klu nak memilih yang mana sedap
Yang paling aku nak syorkan jangan lepas peluang untuk membeli ''roti john unun''
sebagai juadah tambahan berbuka puasa nanti
kerana resepinya yang sangat istimewa, sedap dan lazat...pergh ('',)..
jom layan gambar yang sempat aku terjah sewaktu di bazar ramadhan putrajaya...
tgk la macam mana panjang orang beratur nak beli roti john unun
lemang dan ketupat palas pun ada jual
daging bakar dengan ayam golek pun ada
ayam golek sekor RM18, Separuh RM9
nasi goreng ayam RM4.50
bihun goreng / mee goreng dll goreng yang
RM2.50-RM3.50
Gulai kawah RM5.00
agak-agak dahaga dan x sempat nak bancuh untuk berbuka beli ja kat bazar
3 Ogos 2011
JOM BELI BARANG RAYA @ PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)
hi me dear...
wah, arini baru masuk puasa hari keempat tapi pung pang pung pang orang dah citer2 pasal g SOGO yang penuh sesak ngan KL yang jammed bagai. me pergi jugak KL hari Sabtu tapi sebab keluar awal so, x de la rase jammed nye. n together2 tak shopping raya pun. apa kitaorang wat, nanti next entri ye.
tadi kat pejabat,aku adala dapat email pasal jualan ni tadi... so, saje la nak share. mane la tau ada yang berminat kan.. hihihi...
Program Jualan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) muncul lagi. Marilah beramai-ramai ke Program 'Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya' (Jualan Terus dari Kilang) yang akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh : 10 hingga 14 Ogos 2011
Masa : 10.00 pg - 10.00 mlm
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Bersebelahan KPDNKK/Berhadapan Bazar Ramadhan)
Terdapat pelbagai variasi produk yang ditawarkan dengan harga yang istimewa sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ini. Antara jenama terkenal yang menyertai program jualan terus dari kilang ini adalah seperti Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi, dan MACAM-MACAM LAGI...
Jangan sesekali lepaskan peluang ini!!!

2 Ogos 2011
PesTa JoM maKaN bUAH
salam Ramadhan ..Dah Masuk Hari Tiga..semoga semuanya diberkati...
sebenarnya banyak cerita nak simpan kat sini..
tapi tak de masa lagi...oklah kita buat satu persatu walaupun tak ikut susunan.....
oklah ari ni aku nak kongsi pasal
"Pesta Jom Makan Buah"
biasalah taman warisan putrajaya mesti ada program ni...
sebelum ni pernah sekali aku join...tapi x makan pun just beli bawa balik ja
tapi tahun ni sebab aku dah ada pasangan (suami), suami aku pun suka makan durian...
jadi misi diteruskan..
petang sabtu kami pun pergilah..
memang best.....
kami makan durian banyak tak ingat....
memang best...lepas tu kami duk dalam kereta masing-masing tunjuk perut yang dah kembung heehheheh
jomlah kita layan gambar kami...(sebenarnya banyak ag buah,tapi
dah x sempat nak ambik gambar,sebab dah maghrib)........
isi buah durian yang pertama kami buka heheh
sekali makan x ingat orang lain dah,betul-betul makan
buah manggis manis amattttt
ada juga durian yang di buat bubur..tapi yang ni kena beli la huhuhu
yang buah pulasan,rasa rasa dia lebih kurang
tau laici..macam tu la
lemang pun ada di jual,blh makan dengan durian
1 Ogos 2011
Bagan Lalang (Family Day)
Bagan Lalang.....apa yang best tempat ni aku x pasti...tapai pa yang best buat aku semasa berada disana...mai sini aku kongsi dengan korang.23 julai baru ni kawan-kawan suami aku adalah buat family day sesama mereka.walaupun ramai yang x dapat turun atas sebab yang xdapat di elakkan, program ni tetap berjalan dengan meriah.Aku dan suami tiba awal dalam pukul 11 pagi di tempat yang di janjikan...bukan apa kami nak cop tempat. sebab nak naikkan khemah (ala-ala camping la).program bermula pada pukul 2 petang.bermula dengan check in chalet pada sesiapa yang nak duk chalet.(termasuk la aku)...lepas ja asar acara di mulakan dengan mempekenalkan diri dan permainan meneka tajuk filem.....macam-macam aksi diorang buat nak bagi kumpulan masing-masing menang....
2 alam
gaya adnan sempit
transformer
lepas ja hanis acara meneka tajuk filem..diorang teruskan dengan acara meyambut belon
selesai acara sambut belon,acara diteruskan dengan acara mencari kasut sendiri,acara baling selipar dan memperagakan model eheheheheh..nak tgk sapa yang jadi model dan apa yang diorang buat..tengOKKKKK
insafkan la mereka yang terlibat ini.
selesai ja acara di atas. diorang teruskan dengan sunset ride dalam 15 minit gitu,,,,yang x boleh nak join naik motor tu paham-paham ja la...sesi berGambarrrrrrrr....lepas ja maghrib kami teruskan dengan acara makan malam di tempat penginapan.makanan mmg best rasa mcm duk kat kg pun ada kos makan siap ada ikan kering..mmg sedaaaappppp.sambil-sambil makan malam.kaum lelaki mengambil peluang tengok perlawanan bola antara malaysia dengan singapura.dah penat menjerit gOOOLLL.kami semua lepak di tepi pantai untuk acara BBQ dan perah tenaga makan durian (durian kampung 1 bakul..yam.yam..)
come durian come
macam nak g menoreh getah ja abang kita yang sorang ni
sementara nak tunggu BBQ selesai masak.kita hadap dulu durian kampung yang depan mata ni
tgk abg kita yang sorang ni .punya la otai buka durian atas paha....korang ada berani????
sesi penyampaian hadiah pada pemain yang terlibat pada petang hari (tgk muka ceria mereka)

lepas ja acara penyampaian hadiah...acara bebas.ada yang makan BBQ,ada yang bergambar,dan ada yang dah terlentok di dalam khemah (termasuk la diriku sendiri...kenyang makan durian).

malam tu tamat la acara dengan aktiviti bersihkan pantai heheheheh....(dah pandai bagi kotor kena la bersihkan)....
Langgan:
Catatan (Atom)